Saturday, June 27, 2009

ENTAH

penin membuat keputusan untuk kawan-kawan. proses membuat keputusan cukup payah nak di buat tuk minggu nie. semua hati nak dijaga, masing2 ada hujah. tp ianya cukup mematangkan. kerana itulah demokrasi yang digambarkan. agak letih sehari dua ni. dengn sambutan pelajar baharu ke UPM. dah la pelajar baharu kolej banyak dak2 DPLI, jadi susah sikit nak kontrol orang2 lama mie. huhuhuh.

tapi banyak gak kejutan pagi ni. anak didik aku meninggal dunia selepas 2 minggu koma. semoga roh arwah dicucuri rahmat.

fira lak kate dia dah nak kawin. amin semoga impian nya dikabulkan dan didoakan semoga bahagia sehingga ke ahir ayat.

aku pulak bile lg? dah awek pun x ada, x perlu kot... kalau ada jodoh, adalah, tu pun kalau panjang umur...mesti pembaca blog ni kata, aku dah mula merepek lg. ntahla...

insyaalah aku akan menghilangkan diri selama 2 minggu. oleh hal demikian kalau aku tetiba hilang, x jawab talifon atau apa2lah, jgn marah ye. maafkan segala dosa2 dan kesalahan aku dah buat.

pesanan aku or wasiat aku:
- segala barang2 aku bg kat adik beradik aku
-motor aku, bagi kat alang, tp mtr tu ada hutang cket lg dgn owner dia.
- jgn buat kenduri tuk aku, hanya sedekah al fatihah n buatkan lah yang blh jd bekalan
-hutang aku banyak, so kalau leh halal, halal la ye, tp kalau xleh, tuntut dgn family aku. kang x aman lak aku
-n jgn jadikan aku idola or apa2, aku hanya pinjam jap je dengan tuan dia, sampai masa aku pulang blk.

ok jumpa lg insyaallah bila aku dah blk.
assalamualaikum...

1 comment: