Friday, June 12, 2009

tenaga pengerak


mgg nie aku dapat lagi koje membantu adik2 yang sedang meningkat menjadi dewasa. pelanggan aku kali budak2 sekolah bandar yang purata mereka berasal daripada keluarga yang berada kira anak toke2 lanie. pakaian fizikal mereka cukup, tapi pakaian dalaman mereka sangat miskin. bukan pakaian mereka tu baju dalam la, tp pakaian hati yang mereka dok amal selalu nie. mereka kebanyakan kurang perhatian dari keluarga, kata mereka la. mungkin suasana kehidupan di metropolitan menyebabkan mereka ni umpama kambing yang kehilangan mak mereka yang telah menjadi kambing fidlot. kambing fidlot nie adalah kambing yang diberi makan yang enak2,cukup nutrien, dijaga sebaik mungkin kemudian dijual. inilah kehidupan mereka dari persepsi aku. mereka kurang kasih dan didikan sebagai homosopien yang beradat timur. sehingga nak buat koje umah, or apa2 tugasan untuk diri sendiri pun x reti. kerana apa? kerana kat umah semuanya pembantu rumah dia buat. mak ayah dia wat apa ek?....

balik pada kambing fidlot nie. kambing fidlot nie dijaga, diberi makan sampai gemuk kemudian dijual. so apa kaitan dengan diorang nie? sama je... bg makan, bg pakai, blaja bg pandai, kemudian leh jual dengan letak hantaran yang tinggi. pasal apa? pasal anak aku ada degree, dah banyak duit habis...hahaha. tak lah saje je mengarut cket dalam entry kali nie.

No comments:

Post a Comment