Wednesday, June 17, 2009

sejarah

seronok mendengar rancangan di luar lingkungan mengenai sejarah penubuhan negara malaysia. masing2 memberikan hujah mengenai perjuangan kiri,kanan dengan mengambil contoh kisah-kisah perjuangan merdeka dari pelbagai konteks dan input. kisah perjuangan ini kalau ditafsirkan ianya amat rumit dengan pelbagai konteks dan versi cerita. tetapi apa-apapun lontaran pendapat mengenainya ianya adalah sejarah. samada ianya dari puak mana2pun ianya tetap menjadi sejarah. tulisan ini juga akan menjadi sejarah. sejarah bukan membosankan. ianya penuh dengan cerita untuk pelbagai delta kehidupan. tetapi pengkisahannya haruslah dengan cara berhemah dan boleh membuatkan pembacanya berfikir. seumpama kitab al-quran yang mengajar kita kisah kehidupan. ianya sebaik-baik kitab yang menjadi rujukan dan tetap relevan sehingga bila2. apa-apapun kisah sejarah yang disampaikan ianya hanyalah sejarah yang perlu dibaca untuk kita menginsafi diri kerana apa yang telah kita lakukan adalah sejarah. apa-apapun kisahnya kita haruslah mengingati bahawa dunia hari ini adalah kita pinjam untuk generasi akan datang. bayangkan apa yang telah kita lakukan dalam ruang kemerdekaan ini dikisahkan sebagai sampah. fikir-fikirkanlah

1 comment: