Wednesday, September 30, 2009

apelah...

kasian... dulu rajin nak taip, skrang dah x sempatt...huhuhu
nak wat camana, u-spot kat bilik x dapat...
selamat hari raye...jemput datang bilik ye...

Saturday, August 15, 2009

tidak berkesempatan

aduyai....ape2 ajelah. dah lama gler x update blog. maklumlah kesibukan melmpau..huhuhu. nak kejar apa yang aku tinggalkan selama 3 mgg. bukan satu perkara mudah. ni pun ada masa cket, lari dari tugas menjadi sukarelawang sukan kl09. he2x. tugas aku bakal habis selepas raya nanti. wah x lama lg, jd tun aku kat dalam UPM ni. sekejap je dah hampir setahun aku jd MpP. apa aku buat pun susah nak cakap. nanti bl berkelapangan aku tulis semula dalam bahsa yang cantik..chow

Sunday, July 5, 2009

dalam kesejukan

alhamdulillah dapat gak update walaupun jauh di negeri orang. ketika aku dok mengetuk keyboard ni jam baru 4-30 petang dalam suhu sekitar 21 darjah. boleh tahan nyamannya..nyaman la sangat. sejuk bagai x ingat. bersyukur dapat pengalaman macam nie. dah 2 hari aku sampai d artaturk ni. tapi masih belum ada apa2 aktiviti kerana program hanya akan bermula besok...
kepada kawan2 MPP< tahniah, dengar kata booth MPP mendapat sambutan hangat. harap ada org yang sudi upload gambar leh aku tgk2.
kepada kawan2 bsp, kalo masuk kelas tu jgn la lupa aku. aku ada je, rindu dengan korang semua...
insyaallah nanti kite jumpa
negara ni boleh tahan majunya. bersih, cantik, menarik. pempuan dia pun umak ai.. terletak2 hidungnya, mancung betul. tapi diorang pandang kami semacam je... takut lak aku, aku ni dah la kecik, diorang bapak2 besarmya. tapi apa yang aku nak puji, tempay ni bersih, cuma 1 ja masalah aku sekarang. aku bawak euro money, nak tukar lira turkey x ada money changer lg yang aku jumpa. harap bsk leh jumpa.

k lah, nanti sambung...

Saturday, June 27, 2009

ENTAH

penin membuat keputusan untuk kawan-kawan. proses membuat keputusan cukup payah nak di buat tuk minggu nie. semua hati nak dijaga, masing2 ada hujah. tp ianya cukup mematangkan. kerana itulah demokrasi yang digambarkan. agak letih sehari dua ni. dengn sambutan pelajar baharu ke UPM. dah la pelajar baharu kolej banyak dak2 DPLI, jadi susah sikit nak kontrol orang2 lama mie. huhuhuh.

tapi banyak gak kejutan pagi ni. anak didik aku meninggal dunia selepas 2 minggu koma. semoga roh arwah dicucuri rahmat.

fira lak kate dia dah nak kawin. amin semoga impian nya dikabulkan dan didoakan semoga bahagia sehingga ke ahir ayat.

aku pulak bile lg? dah awek pun x ada, x perlu kot... kalau ada jodoh, adalah, tu pun kalau panjang umur...mesti pembaca blog ni kata, aku dah mula merepek lg. ntahla...

insyaalah aku akan menghilangkan diri selama 2 minggu. oleh hal demikian kalau aku tetiba hilang, x jawab talifon atau apa2lah, jgn marah ye. maafkan segala dosa2 dan kesalahan aku dah buat.

pesanan aku or wasiat aku:
- segala barang2 aku bg kat adik beradik aku
-motor aku, bagi kat alang, tp mtr tu ada hutang cket lg dgn owner dia.
- jgn buat kenduri tuk aku, hanya sedekah al fatihah n buatkan lah yang blh jd bekalan
-hutang aku banyak, so kalau leh halal, halal la ye, tp kalau xleh, tuntut dgn family aku. kang x aman lak aku
-n jgn jadikan aku idola or apa2, aku hanya pinjam jap je dengan tuan dia, sampai masa aku pulang blk.

ok jumpa lg insyaallah bila aku dah blk.
assalamualaikum...

Tuesday, June 23, 2009

p.u

nie hari bermula kursus P.u utk sesi 2009 nie. hari pertama dah masalah macam2. tp biasalah.. mana ada hari yang x ada masalah, masalah tu akan menjadi kan kt matang dan dapat pengalaman yang blh kite gunakan untuk masa hadapan. mlm nie slot bicara siswa pun berlangsung anjuran dak2 EMpP. seronok gak tajuk yang diulas oleh ahli panel. lps je majlis Tamat aku pun dgn dak2 MpP makan ramai2. tp takut lak aku bl org kata aku semcm ja baiknya...ish2. baik pun salah ke. mgkin diorang sayang dengn aku kot. tp bile sentuh bab mcm buabg tabiat tu,,,, aku tetiba rasa sebak, ntah kenapa aku rasa semacam. nak nangis pun ada sebenarnya. dan hati aku terus jadi x tenang sampai sekarang. aku mmg rasa semcm sekarang. tp kalau blh aku nak buat baik dengan semua org. mana yang aku marah pun aku dah tegur blk, dah msj n talipon pun. aku x marah pun sebenarnya, cuma aku dah x ada hati. kalau sesape yang ada aku buat salah, aku mintak maaf banyak2. kekadang penat gak nak melayan sorang2 punya perangai, terutama pempuan. sebab tu aku x ada awek sampai sekarang. kerana aku mudah bosan kalau hari aku nak pujuk org, nak kena amik tahu, nak tanya macam2. ingat dia quenn ke aku nak layan macam2. aku skrg kurang bercakap. aku banyak senyum dan menung. aku pun x tahu kenapa. banyak na yang aku pikio kan sampai aku pun x tahu apa yang aku pikio kan...dan akhir kata tuk warkah kali nie...
AKU SAYANG KORANG SEMUA, MAAFKAN AKU. BIARLAH KEHADIRAN AKU TIDAK DIRASAI TAPI PEMERGIAAN AKU DITANGISI DENGAN RASA PENUH KASIH SAYANG. KALAU LA IANYA SEJARAH, JADIKAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP. USAH DITANYA PADA YANG TIADA, HARGAILAH DENGAN APA YANG ADA, USAH DITANYA PADA YANG PERGI, KELAK AKAN MEROSAK DIRI, HARGAILAH YANG ADA DI DEPAN MATA, USAH DIRAGUI JIKA TIDAK BERSAMA, AMBIL LAH BERAT JIKA BERSAMA, AGAR TIDAK MENYESAL BILA KEHILANGANNYA....

Sunday, June 21, 2009

mtm

dengki lak aku tgk blok syamil n fara pasal mTm. aku pun dah habis gak jd mTM. nanti aku sambung tulis pasal skrang nie aku kat luo. blk umah cari koje. dah bosan dgn kehidupan aku bulan ni. dok UpM je... baru2 ni je dok sebok cket wat duit. tu pun pasal ada mission ke satu tempat yang memerlukan ongkos yang tinggi. ber k jugak la nak tukar dengan rm lite. nanti dah confirm aku agtau mission apa. hehehe

Wednesday, June 17, 2009

sejarah

seronok mendengar rancangan di luar lingkungan mengenai sejarah penubuhan negara malaysia. masing2 memberikan hujah mengenai perjuangan kiri,kanan dengan mengambil contoh kisah-kisah perjuangan merdeka dari pelbagai konteks dan input. kisah perjuangan ini kalau ditafsirkan ianya amat rumit dengan pelbagai konteks dan versi cerita. tetapi apa-apapun lontaran pendapat mengenainya ianya adalah sejarah. samada ianya dari puak mana2pun ianya tetap menjadi sejarah. tulisan ini juga akan menjadi sejarah. sejarah bukan membosankan. ianya penuh dengan cerita untuk pelbagai delta kehidupan. tetapi pengkisahannya haruslah dengan cara berhemah dan boleh membuatkan pembacanya berfikir. seumpama kitab al-quran yang mengajar kita kisah kehidupan. ianya sebaik-baik kitab yang menjadi rujukan dan tetap relevan sehingga bila2. apa-apapun kisah sejarah yang disampaikan ianya hanyalah sejarah yang perlu dibaca untuk kita menginsafi diri kerana apa yang telah kita lakukan adalah sejarah. apa-apapun kisahnya kita haruslah mengingati bahawa dunia hari ini adalah kita pinjam untuk generasi akan datang. bayangkan apa yang telah kita lakukan dalam ruang kemerdekaan ini dikisahkan sebagai sampah. fikir-fikirkanlah

Friday, June 12, 2009

tenaga pengerak


mgg nie aku dapat lagi koje membantu adik2 yang sedang meningkat menjadi dewasa. pelanggan aku kali budak2 sekolah bandar yang purata mereka berasal daripada keluarga yang berada kira anak toke2 lanie. pakaian fizikal mereka cukup, tapi pakaian dalaman mereka sangat miskin. bukan pakaian mereka tu baju dalam la, tp pakaian hati yang mereka dok amal selalu nie. mereka kebanyakan kurang perhatian dari keluarga, kata mereka la. mungkin suasana kehidupan di metropolitan menyebabkan mereka ni umpama kambing yang kehilangan mak mereka yang telah menjadi kambing fidlot. kambing fidlot nie adalah kambing yang diberi makan yang enak2,cukup nutrien, dijaga sebaik mungkin kemudian dijual. inilah kehidupan mereka dari persepsi aku. mereka kurang kasih dan didikan sebagai homosopien yang beradat timur. sehingga nak buat koje umah, or apa2 tugasan untuk diri sendiri pun x reti. kerana apa? kerana kat umah semuanya pembantu rumah dia buat. mak ayah dia wat apa ek?....

balik pada kambing fidlot nie. kambing fidlot nie dijaga, diberi makan sampai gemuk kemudian dijual. so apa kaitan dengan diorang nie? sama je... bg makan, bg pakai, blaja bg pandai, kemudian leh jual dengan letak hantaran yang tinggi. pasal apa? pasal anak aku ada degree, dah banyak duit habis...hahaha. tak lah saje je mengarut cket dalam entry kali nie.

Thursday, June 11, 2009

kemaruk menulis

seronok pulak bl menulis nie, hari2 lak aku nak update, mungkin aku dilanda sakit.
nie hari aku wat benda yang dah lama aku tidak buat. iaitu pergi masjid baca yasin. tu pun pasal akak aku kata dah lama tidak buat tahlil arwah ayah aku. nak balik rumah buat benda nie dgn keluarga aku yang tidak bekesempatan, jadi buatlah sendiri kat masjid... yang penting doa dan sedekah fatihah tidak pernah aku lupakan untuk ayahku. walaupun aku rindu dgn dia, tp apakan daya hanya doa jela yang sampai dari anak yang soleh.

orang yang rapat dengan aku selalu tanya, nafie, kenapa ko dah x macam dulu, kuat menyakat, gler2, kaco orang. tp sekarang kenapa ko senyap? diam? sepikan diri dan macam-macam lglah. sampai ada yang aku x mesej, x nak jumpa, xnak cakap.

pasal aku rasa aku dah x lama kat cnie, aku rasa macam aku nak pergi. sebab tu aku wat cam nie. agar kawan-kawan x merasa kehilangan aku... pelik la ko nie. orang tanya dah cukup ke amal ko? cukup,x cukup antara aku dgn allah yang punya kuasa. "beribadahlah kamu umpama kamu akan mati esok hari, bekerjalah kamu umpama akan hidup seribu tahun lg."
oleh hal yang demikian kalo kawan2 rasa aku semacam je, jgn risau apa2, aku sedang bermuhasabah diri sebenarnya. aku perlukan masa untuk membina kekuatan itu semula. insyaalah tiada apa selagi tidak diperkenankan oleh penciptanya.

kedaulatan

rupanya negara jiran masih tidak henti dengan cubaan untuk mendesak ataupun mengacau keharmonian negara kita. sedih bila tengok berita seorang 'mat jan' yang lari dari negara kita sedang berdemonstrasi untuk menentang kedudukan pulau ambalat yang sedang hangat sekarang. kumpulan yang bergelar laskar merah putih ini sedang memulakan aktiviti yang boleh mengancam kedaulatan negara. sudahlah kumpulan ini yang merencanakan kes manohara di singapura, kini kumpulan itu juga sedang berdemontrasi di sana untuk mengecam kita tentang kepulauan ambalat. huh diberi susu dibalas dengan tuba. apakah motif mereka mengenai isu ini.tidak henti2 memprovokasi negara kita.

pesanan kepada mereka: jangan bermain api, kelak terbakar diri sediri

Manohara demo bantah KL isu Ambalat
Jun 11, 09 1:25pm
Manohara Odelia Pinot, ketika sibuk dengan dakwaannya terhadap putera Sultan Kelantan, berdemonstrasi menentang Malaysia berhubung isu pencerobohan di Ambalat.LAGI
Depan kedutaan Malaysia
Pancing pemandu kenderaan

Wednesday, June 10, 2009

adakah duit itu segalanya


aku jd ahlong baru ni

mesti x percaya kan, tp mmg x pun

aku jadi unit kawalan rapat ja tuk bos aku

best gak wat koje nie


tp kalu nie duit aku, lg best, senang aku nak pinang anak orang.

Tuesday, June 9, 2009

aku jiwa kacau

td aku merepek....nak kongsi cket mana aku pergi mgg nie.
ada orang kata aku klon... katalah
aku sedang belajar, walaupun dah tua
kerana aku tidak jemu dan malu pada semua
mgg nie topik yang aku dgr pasal belia..
best jugak tengku punya talk,
macam arwah lect KOH 3333 aku,
aku cuba menulis pandangan aku...
belia, umur 15-40
so apakah tanggungjawab aku dalam belia?
adakah cukup dgn slogan belia?1malaysia?belia benci dadah? atau sloganik2 yang lain???
aku dah 27, orang kata, bagi bini dah boleh beranak pun, tapi aku????
aku memang lambat belajar, keras kepala, cepat merajuk, tapi aku baik..
aku pernah gagal dalm belajar, aku pernah dihna, tapi aku xpernah putus asa
aku tidak malu dah tua, tapi aku malu kalau aku tidak berilmu.
walaupun aku dah tua, tp aku tetap muda
orang nak kata apa, katalah....
yang penting aku kan abang....
best jugak berkawan dengan rakan2 yang sebaya adik aku
membuatkan aku pun macam diorang. sebab tu aku jiwa muda
tp bila bercampur dengan rakan sebaya, aku jadi canggong.
mereka bercerita tentang keluarga, anak, duit, kerja, dan sosial
tapi aku masih di alam kampus, masih tidak matang memikirkan semua tu.
sebab tu aku nak sambung belajar, menunaikan hasrat dan wasiat terakhir arwah ayah aku pagi sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. aku memegang tggjawab tu.
kepada rakan2 seperjuangan, aku memohon maaf pasal sikap aku. aku cuba nak berubah untuk jadi pembimbing yang baik, tapi aku rasa aku ni lebih banyak cakap dari kerja, kerja ntah apa2. aku x paham. sekarang ni aku cuba untuk menjadi napi yang lain. aku akan serius dalam apa jua aktiviti. doakan aku berubah....

keseronokan bersama keluarga

aku dah lama x bersama keluarga
alhamdulillah dapat bercuti walaupun sekejap dgn mak n akak2 aku
dari k.l-ipoh-k.perlis-k.l-temerloh-jerantut-pilah n upm.
penat gak la....
duit pun byk hbs, tapi aku happy,
pada kawan empipi, maaf kehilangan aku
tatkala korang bekerja, abang korg ni menghilang
aku tgk result aku teruk gle.
aku tekad habis ja term aku jd YB kampus nie
aku nak score, cari duit, nak sambung blaja.
itu tekad aku. aku berjanji kepada diriku
yang berlalu biarlah berlalu.

Thursday, June 4, 2009

sampai bila

terfikir aku apa nak jadi kebangsaku
adakah bangsa melayu atau malaysia.
idolaku berkata melayu,guruku kata malaysia
mana satu ek

kata agenda melayu, tapi 1 malaysia pula
mana satu......

mak aku kata buat untuk alif,ba,ta
agama, bangsa, tanah air
aku pun pelik......

macamana ye
cabaranya...
lalu aku pun berkelana ke serata tanah bertuah ini
apa yang penting, bukan kerjasama mcm kartun wonderpet tu....

apa yang penting, apa yang aku buat ini, akan terus dinikmati anak cucu ku
apa yang aku pangkah, telah membuktikan a,b,t tadi

soalanya.... sampai bila.....

awal bicara

MENCUBA...
biar terlewat dari tiada langsung,
pelik gak, kenapa aku cuba,
dari pendengar ke penghujah,

agak sukar menulis,
dl cikgu aku cakap, bahsa aku guna
selalu diulang-ulang.

sampai spm aku pun gagal.

so berikan aku peluang tuk menulis untuk memperbaikinya